Persembahan Boria Politeknik Seberang Perai dari Kelab Kebudayaan..... :)
Saturday 23 July 2011
Majlis Penutup MSK 2011...
Posted by STUDENT DNS1A at 18:56
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
"Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh." ~ Albert Einstein~ HHH
Persembahan Boria Politeknik Seberang Perai dari Kelab Kebudayaan..... :)
Posted by STUDENT DNS1A at 18:56
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan membuka tawaran permohonan biasiswa politeknik bagi tahun 2011 mulai 9 September ini. Para pelajar yang telah mendaftar untuk mengikuti pengajian peringkat Diploma di Politeknik bagi kemasukan Sesi 2011/2012 adalah dipelawa untuk memohon biasiswa politeknik tajaan JPA ini.
Bidang Tajaan
Semua bidang diperingkat diploma yang ditawarkan di politeknik bagi sesi 2011/2012.
Syarat Permohonan
Calon yang layak memohon adalah;
1.Warganegara Malaysia.
2.Terbuka kepada semua pelajar yang mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja.
3.Umur tidak melebihi 19 tahun pada tarikh iklan.
4.Telah mendaftar diri untuk mengikuti pengajian tahun satu di politeknik pada bulan Januari sesi 2011/2012 atau pada bulan Julai sesi 2011/2012.
5.Mendapat sekurang-kurangnya gred C(kepujian) dalam Bahasa Melayu
6.Memperolehi sekurang-kurangnya gred B dalam 6 matapelajaran lain
Calon yang tidak layak memohon:
1.Pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat sijil.
2.Pelajar yang berada di tahun dua dan ke atas.
3.Pelajar yang mengikuti kursus yang berkaitan dengan pendidikan.
4.Pelajar yang telah mempunyai kelayakan Diploma.
5.Pelajar yang sedang mengikuti Program Pendidikan Jarak Jauh/separuh masa.
6.Pelajar yang mempunyai Diploma Lepasan Ijazah atau Diploma anjuran sesuatu Jabatan/Agensi.
Kadar Biasiswa
Biasiswa yang ditawarkan adalah seperti berikut;
1.Elaun sara hidup samada RM7,560 atau RM6,426 setahun
2.Elaun buku RM400 setahun
3.Elaun alat perkakas antara RM50 sehingga RM250 setahun
4.Elaun kertas projek RM150 setahun
5.Yuran pengajian politeknik RM400 setahun.
Di samping itu elaun tambang kapal terbang untuk perjalanan dua hala diberikan setiap tahun daripada RM100 – RM1,000 bergantung kepada lokasi.
Kontrak
Pemohon yang menerima tawaran biasiswa politeknik tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam ini dikehendaki berkhidmat dengan Kerajaan atau tuntutan gantirugi akan dikenakan. Tempoh berkhidmat dengan Kerajaan dan tuntutan gantirugi ini bergantung kepada tempoh pengajian dan jenis pengajian.
Tempoh berkhidmat ini adalah di antara 3 sehingga 6 tahun dan jumlah gantirugi pula samada RM70,000 atau RM100,000.
Permohonan
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (on-line) sahaja. Cara memohon adalah seperti berikut :
i.Pemohon hendaklah mendaftar untuk mendapatkan kata laluan secara percuma di laman web http://esilav2.jpa.gov.mymulai 9 September 2011.
ii.Pemohon yang telah berdaftar boleh mengemukakan permohonan mulai tarikh tersebut. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari http://esilav2.jpa.gov.my atau http://www.jpa.gov.my.
iii.Pemohon dibenarkan menghantar satu permohonan sahaja tetapi dibenarkan mengakses sebanyak 3 kali untuk mengemaskini atau meminda sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya permohonan yang terkini sahaja diambilkira sebagai penerimaan permohonan.
iv.Borang permohonan dalam talianang dimuat turun, dicetak dan dihantar memalui pos tidak akan diproses.
v.Permohonan secara dalam talian tidak memerlukan penghantaran sijil-sijil kecuali dinyatakan dalam “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA tahun 2011” sebagai bukti permohonan telah dibuat.
vi.Pertanyaan mengenai program tajaan danmasalah teknikal semasa mendaftar untuk mendapatkan kata laluan atau semasa mengisi borang permohonan dalam talian boleh dibuat denagn menghubungi talian 03-88853562, 03-88853297, 03-88853333, 0388853564 dan 03-88853436 atau emel di alamat http://esilav2.jpa.gov.my. Talian-talian ini dibukasetiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 ptg(isnin hingga jumaat).
Tarikh Tutup
Tarikh tutup permohonan biasiswa politeknik JPA ini ialah pada 15 September 2011
Keputusan Permohonan
Keputusan permohonan dijangka akan dikeluarkan secara atas talian di http://esilav2.jpa.gov.my pada 7 Oktober 2011.
Dapatkan Memo Kutipan Dokumen Perjanjian PTPTN Kelompok 2 , Maklumat Lanjut Cara Menyusun Dokumen danSenarai Pelajar Lulusan Kelompok 2 Sesi Jun 2011
Lagu PSP |
PSP PUNCAK JAYA Kami Warga PSP Berjanji dan berusaha Mendukung segala cita mulia Bertakwa berilmu Berbakti bersedia Demi negara kita PSP pembentuk nusa Penggerak IT semasa Pemangkin Teknologi Mencapai wawasan negara Pada PSP Kami rela berkorban Jiwa dan raga Berjuang setiap masa Demi agama, bangsa, negara Kami tetap bersama PSP...PSP...PSP |
0 comments:
Post a Comment